Inasis SME Bank & Pejabat Daerah dan Tanah Sik kerjasama sebarkan ilmu, Budi Bakti Kepada Masyarakat Sik 2026
Berita dan gambar oleh INASIS SME Bank
SINTOK, 18 November 2025: INASIS SME Bank seperti jabatan lain terus meneroka jaringan kerjasama diantara pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menyampaikan hasrat universiti amnya dan manfaat kepada para pelajar khususnya.
Dalam usaha ini pihak INASIS SME BANK bersama warga kerja yang terdiri semua barisan Penolong Pengetua(Felo) dan staf pentadbiran mengadakan lawatan kerjasama bersama Pejabat Daerah & Tanah Daerah Sik, Kedah.

Melalui perbincangan yang diadakan kedua-dua pihak dapat memeterai kerjasama dalam pelbagai usaha seperti pembangunan intelek kepada masyarakat Daerah Sik, pembangunan kemahiran kepada penghulu kampung dan staf pejabat daerah selain daripada program kemasyarakatan kata Muhamad Shahmi Idris, Penolong Pegawai Daerah, Sektor Pembangunan Pejabat Daerah Sik.
Dengan adanya pelbagai kepakaran yang terdapat di UUM, pihak Pejabat Daerah Sik mengalukan kerjasama dalam pembangunan pengiklanan produk tempatan malah membantu memperkenalkan pelbagai lokasi menarik yang tersembunyi untuk diterokai kepada masyarakat luar.

Menurut Dr. Faisal Zulhumadi, Pengetua INASIS SME Bank, sebagai persediaan melangkah ke tahun 2026, pihak INASIS SME BANK sedang merangka pelbagai usaha menambahbaik perkhidmatan dan kemudahan selain menyusun program-program yang lebih bermanfaat kepada para pelajar serta peserta program dan berimpak tinggi kepada nama universiti amnya.
Pihak INASIS SME Bank sentiasa berusaha melebarkan kerjasama dengan pihak luar terutama dalam pembangunan dan kebajikan yang bermanfaat kepada kesiapsiagaan pelajar selepas tamat pengajian melalui program-program bersama pihak luar dari masa ke masa.



