Campus

INASIS Tradewinds perkukuh jalinan kerjasama antara Universiti Utara Malaysia dan Universitas Medan Area

Gambar oleh: Alfian Haikal

MEDAN, 28 Julai 2025: Seramai 17 ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Residen Siswa (JKPRS) INASIS Tradewinds bersama empat orang pentadbir dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Program Mobiliti Outbound Antarabangsa ke Universitas Medan Area (UMA) di Indonesia bagi memperkukuh kerjasama akademik dan budaya antara dua institusi serantau.

Lawatan tersebut dimulakan dengan majlis perasmian rasmi yang disempurnakan oleh barisan pengurusan Universitas Medan Area (UMA) termasuk Dr. Beby Masitho Batubara, Dr. Decli Sahputra dan Dr. Rizkan Zulyadi. Turut hadir, Pengetua INASIS Tradewinds, Dr. Asma Binti Mat bersama barisan pentadbir INASIS Tradewinds serta Direktur UMA, Prof. Dr. Dadan Ramdan dan Direktur Pascasarjana, Prof. Dr. Ir. Retna Astuti K., yang turut memeriahkan majlis tersebut.

Menurut Dr. M. Akbar, Sekretaris Yayasan Pendidikan Haji Agus berkata  berharap agar kolaborasi antara Universitas Medan Area (UMA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Sementara itu, Wakil Rektor Bidang Mutu UMA, Dr. Dedi Sahputra, S.Sos., M.A., turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua universiti tersebut serta berharap program seumpama ini tidak terhenti setakat ini sahaja.

Pengetua INASIS Tradewinds, Dr. Asma Binti Mat, pula menyifatkan kerjasama itu bukan sekadar pertukaran ilmu, malah mampu membina jalinan budaya serantau yang lebih kukuh.

Program ini telah disertai oleh 21 delegasi UUM yang terdiri daripada 17 pelajar dan 4 orang Pegawai Pengiring yang memberikan pendedahan antarabangsa kepada peserta melalui aktiviti berbentuk akademik, kebudayaan dan kepimpinan.

Ia turut mengukuhkan kemahiran komunikasi rentas budaya serta jaringan strategik serantau.

 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memupuk hubungan dua hala yang erat antara UUM dan UMA serta melahirkan mahasiswa berdaya saing yang mampu berperanan sebagai duta universiti di peringkat global. – Akmal Hariz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button