Campus

KPM Scholarship Insight: Bicara Perkongsian & Pengalaman menarik perhatian warga UUM

Berita dan gambar Dr. Nor Asikhin Ishak

SINTOK, 1 April 2026: Satu program ilmiah bertajuk “KPM Scholarship Insight: Bicara Perkongsian & Pengalaman” telah dianjurkan secara dalam talian melalui platform Webex telah menghimpunkan pelajar pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berminat untuk mendapatkan pendedahan lebih mendalam berkaitan peluang biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Screenshot

Program ini menampilkan barisan panel jemputan khas yang terdiri daripada pelajar UUM yang berada dalam bidang pendidikan dan juga merupakan penerima biasiswa, turut berkongsi pengalaman sebenar mereka sepanjang proses permohonan, pemilihan serta cabaran yang dihadapi sepanjang pengajian.

Antara fokus utama perkongsian adalah strategi berkesan untuk memohon biasiswa KPM, tips menghadapi sesi temuduga, pengurusan diri sebagai penerima biasiswa dan cabaran dan realiti sebenar sebagai pelajar tajaan.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran intergrasi pensyarah akademik iaitu Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman bersama Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Irwan Mahazir Ismail dan Pengerusi Program Prasiswazah (UG), Dr. Saifolrudin Khalid Mahzan dan Dr. Surianti Lajuma yang turut memberikan sokongan berterusan terhadap penganjuran program berimpak tinggi seperti ini.

Program ini dikendalikan oleh Pengerusi Program Pendidikan Moral dan Bimbingan dan Kaunseling, Dr. Nor Asikhin Ishakdengan kerjasama barisan ahli jawatankuasa pelaksana yang komited dalam memastikan kelancaran perjalanan program.

Dr. Mohamad Khairi menyeru semua warga pelajar universiti untuk mengambil peluang keemasan ini  untuk sama-sama menikmati kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh KPM.

“Pelajar juga digalakkan untuk terus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, di samping membina keyakinan diri dalam menghadapi proses permohonan biasiswa yang semakin kompetitif.

“Semoga iniasiatif ini mampu membantu lebih ramai pelajar UUM untuk ditawarkan sebagai penerima biasiswa persekutuan KPM,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button