LAWATAN TNC (P&I) sebagai tanda sokongan jaya agenda IPDM
Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Azlina Kamaruddin
SINTOK, 9 Mac 2025: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menerima kunjungan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dalam rangka kerja lawatan ke pusat tanggungjawab di bawah pimpinannya bagi tahun 2025.
Kunjungan kasih menyimpul muafakat oleh Dr. Russayani disambut Pengarah IPDM, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib serta semua staf IPDM.
Sesi perbincangan dimulakan dengan aspirasi yang disampaikan oleh Dr. Russayani antaranya untuk memberi sokongan kepada IPDM sebagai Pusat Kecemerlangan Kepemimpinan.
Pengarah IPDM mengambil peluang untuk berkongsi mengenai pencapaian IPDM sepanjang tahun 2024 diikuti dengan perancangan yang telah diatur bagi tahun semasa.
Dr. Russayani turut menunjukkan minat mendalam dan sokongan penuh terhadap perancangan IPDM dalam menganjur program Kepemimpinan bagi Penjawat Utama di UUM, malah beliau juga mencadangkan agar program sama dikelola kepada barisan pimpinan pelajar, melalui pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada staf IPDM dan berharap agar semua staf terus bersemangat dan berusaha bagi menjayakan setiap agenda IPDM demi kemaslahatan bersama.
Ahlan Wa sahlan Ramadhan menjelang,
Menahan diri kukuhkan iman,
Tibanya tetamu disambut girang,
Terima kasih IPDM kalungkan.