Majlis Apresiasi dan Watikah Pelantikan hargai kepimpinan terdahulu dan iktiraf kepimpinan baharu
Gambar JKPSRSKB
SINTOK, 8 Disember 2025: Majlis Apresiasi dan Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPSRSKB) Inapan Siswa (Inasis) Sime Darby bagi sesi 2025/2026 telah diadakan di Dewan Sri Angsana, EDC UUM, baru-baru ini.
Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada barisan kepimpinan sesi terdahulu, dan memberi pengiktirafan rasmi kepada kepimpinan baharu yang bakal meneruskan legasi kecemerlangan pelajar.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden Inasis, Murnisha Murugaiah yang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan sesi lepas atas komitmen dan jasa mereka dalam memacu kecemerlangan aktiviti pelajar Inasis.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran dan ucapan daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnian Muhammad Suhaimi yang seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi dan Watikah Pelantikan JKPSRSKB Inasis Sime Darby bagi sesi 2025/2026.
Muhammad Iskandar berkata, majlis ini merupakan pemangkin penting untuk melahirkan pemimpin pelajar yang bersedia menghadapi realiti.
“Majlis ini bertepatan dengan hasrat universiti untuk melahirkan pemimpin mahasiswa yang memiliki semangat kepimpinan yang berintegriti dan proaktif,” katanya.

Dalam sesi apresiasi yang sama, penyampaian sijil penghargaan turut diberikan kepada atlet Inasis Sime Darby yang berjaya mengharumkan nama Inasis. Barisan ahli jawatankuasa turut dihadiahkan penghargaan mengikut kategori cemerlang seperti “Anugerah Sahsiah Cemerlang” dan “Anugerah Dedikasi Terulung” dan lain-lain lagi, sebelum persembahan ringkas daripada ahli jawatankuasa sesi 2024/2025 menutup tirai.
Diharapkan semangat yang diperbaharui ini akan memastikan industri perbukuan negara tidak lagi bersifat tradisional, bahkan kini lebih segar dan sentiasa memerlukan idea dan tenaga baharu yang berterusan. – Harani Sri A/P Krishnan



