Campus

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Pengarah ARICG UUM

Berita dan gambar oleh: Norfaiz Ab. Mutalib

SINTOK, 2 Mac 2026: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Pengarah ARICG dalam satu majlis ringkas yang berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas daripada Timbalan Pengarah terdahulu, Prof. Dr. Halimah Abdul Manaf kepada Timbalan Pengarah yang baru, Dr. Noranida Mokthsim.

 

Penyerahan nota serah tugas ini telah disaksikan oleh Pengarah ARICG UUM, Prof. Dr. Noor Afza Amran.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr. Noor Afza merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Halimah atas sumbangan, komitmen serta kepimpinan yang telah diberikan sepanjang memegang jawatan Timbalan Pengarah ARICG.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Dr. Noranida akan terus memperkukuh peranan ARICG sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang tadbir urus korporat di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis ini bukan sahaja melambangkan kesinambungan kepimpinan, malah mencerminkan komitmen berterusan ARICG dalam memperkasa agenda penyelidikan, penerbitan dan jaringan strategik universiti.

Seluruh warga ARICG dan UUM merakamkan ucapan penghargaan kepada Prof. Dr. Halimah serta mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Dr. Noranida dalam menerajui peranan baru sebagai Timbalan Pengarah ARICG.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button