Campus

Minggu Suai Kenal SQS buka tirai pengajian pelajar baharu semester A252

Gambar Prof. Madya Dr. Aida Mauziah Benjamin

SINTOK, 15 Mac 2026: Program Minggu Suai Kenal (MSK) bersama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan secara atas talian pada 11 Mac lalu bagi menyambut kehadiran pelajar baharu bagi kemasukan semester A252.

Sesi MSK dimulai dengan sesi pengenalan SQS kepada pelajar baharu oleh Dr. Teh Yuan Ying, selaku Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) serta diikuti oleh taklimat mengenai hal ehwal akademik dan struktur kurikulum program oleh pengerusi-pengerusi program masing-masing.

Dr. Teh berkata, Sesi MSK bagi program sarjana muda (UG) telah berlangsung pada sebelah pagi, manakala sesi bagi program pascasiswazah (PG) diadakan pada sebelah petang.

Menurutnya, program ini bertujuan memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran akademik di SQS serta memberi pendedahan awal mengenai struktur program pengajian, kemudahan yang disediakan dan sokongan akademik yang boleh dimanfaatkan sepanjang tempoh pengajian mereka di UUM.

“Walaupun MSK dilaksanakan secara atas talian, program ini berjalan lancar dengan penyertaan aktif daripada pelajar baharu program pascasiswazah yang mengikuti Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (Penyelidikan Operasi dan Analitik) serta Sarjana Sains (Analisis Data) serta pelbagai program prasiswazah di SQS.

“Saya berharap agar semua pelajar baharu bagi kemasukan Semester A252 dapat memanfaatkan peluang pembelajaran yang tersedia serta mencapai kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian mereka di Universiti Utara Malaysia,” katanya. – Haslida Ismail

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button