Campus

Pengarah Pusat Islam tekankan kebersihan dan keceriaan Masjid Sultan Badlishah

SINTOK, 26 Januari 2025: Pengarah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Ustaz Mohd Yusnaidi Md Sabri, menekankan kepentingan kebersihan dan keceriaan di sekitar Masjid Sultan Badlishah dan Pusat Islam.

Dalam satu perbincangan bersama Unit Pertanian, Landskap dan Perhutanan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) pihaknya  memohon kerjasama unit tersebut untuk membantu memastikan persekitaran masjid dan Pusat Islam sentiasa bersih dan ceria demi keselesaan warga kampus dan pengunjung.

Ustaz Mohd Yusnaidi turut melawat beberapa kawasan yang dikenal pasti memerlukan perhatian khusus serta memberi cadangan bagi menjaga keselamatan dan memperindah kawasan persekitaran.

Beliau berharap agar warga UUM juga dapat bersama-sama memainkan peranan dalam usaha menceriakan masjid dengan menyumbang peralatan seperti kerusi, meja rehat, serta pokok-pokok yang sesuai untuk landskap.

“Pusat Islam sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada warga kampus bagi memastikan masjid kekal bersih, selesa dan ceria sebagai pusat ibadah serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Sementara itu, Arkitek Landskap, Fatin Liyana berkata, pihak Unit Pertanian, Landskap dan Perhutanan, JPPI akan membantu pihak Pusat Islam bagi mencapai hasrat tersebut.

ujarnya, usaha ini diharap dapat meningkatkan keselesaan pengguna masjid dan memperkukuh semangat gotong-royong dalam kalangan warga UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button