Campus

PKK 2026 – Sekolah Pendidikan Islam, Pusat Islam UUM Terus Melakar Keputusan Cemerlang

Berita dan gambar oleh Sharif Abdus Salam Bin Sharif Saad

SINTOK, 2 Mac 2026: Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar, Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Sekolah Pendidikan Islam, Pusat Islam UUM sekali lagi mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih tempat pertama kategori KAFA Tulen bagi daerah Kubang Pasu untuk tiga tahun berturut-turut.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi reputasi sekolah tersebut sebagai antara institusi pendidikan Islam terbaik di daerah berkenaan.

Seramai 31 orang murid telah menduduki peperiksaan UPKK 2025. Daripada jumlah tersebut, lima murid berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Selain itu, empat murid mendapat 8A, tiga murid (7A), seorang murid (6A), tiga murid (5A), seorang murid (4A), lima murid (3A), tujuh murid (2A) dan dua murid (1A).

Pengarah Pusat Islam UUM, Tn. Hj. Yusnaidi bin Md. Sabri, melahirkan rasa syukur atas kejayaan berterusan yang dicapai oleh Sekolah Pendidikan Islam, Pusat Islam UUM dalam peperiksaan UPKK.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Guru Kelas Tahun Lima, Ustazah Sharifah Noreha, barisan guru, para murid serta ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan padu.

Menurut beliau, kejayaan yang diraih bukanlah sesuatu yang datang bergolek, sebaliknya hasil usaha gigih, komitmen tinggi serta ketekunan guru dan murid dalam memastikan kecemerlangan akademik terus dipertahankan.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh gembira dan bangga itu diharapkan menjadi pemangkin semangat untuk Sekolah Pendidikan Islam, Pusat Islam UUM terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button