Campus

PPKS perkenal konsep BIT Franchise kepada pelajar UUM

SINTOK: Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) Universiti Utara Malaysia (UUM) mula memperkenalkan konsep perniagaan Business in Transformation (BIT) Franchise kepada pelajar UUM dengan pembukaan outlet pertama Pandan Cendol di Inapan Siswa (INASIS) BSN, baru-baru ini.

Pengarah PPKS, Khairul Anuar Adnan berkata, outlet pertama Pandan Cendol telah dibuka secara rasminya di kampus UUM oleh sekumpulan pelajar yang mendapat dana dari RHB Islamic Bank di bawah Program B40 Empowerment Strategy – Be Your Own Boss (BEST-BYOB).

Menurutnya, BIT Franchise merupakan satu konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) sejak 2003 yang membawa inovasi dan pembaharuan baru dalam bidang perniagaan francais kini.

RHB Islamik Bank dengan kerjasama PERNAS sebagai rakan strategik melalui PPKS dan usahawan BIT Franchise telah berjaya melatih pelajar untuk memulakan perniagaan yang mereka minati secara francais.

Tinjauan jualan hari pertama telah dibuat oleh Khairul Anuar bersama Pengetua INASIS BSN, Suhaimi Ismail serta wakil dari pihak Pandan Cendol pada sesi pembukaan rasmi baru-baru ini.

Selain menu utama iaitu cendol berasaskan pandan asli, terdapat jugak makanan sampingan yang lain seperti air batu campur dan mee goreng mamak.

Turut hadir Penyelaras PPKS, Syahrina Abdullah.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button