Campus

PPQA anjur bengkel AOL sebagai persediaan audit AACSB 2027

Gambar oleh Bahagian Akreditasi Antarabangsa, PPQA

SINTOK, 9 September 2025: Bahagian Akreditasi Antarabangsa, PPQA (IAD-PPQA), telah berjaya menganjurkan Bengkel Assurance of Learning (AOL) untuk program-program prasiswazah dan pascasiswazah yang ditawarkan oleh pusat-pusat pengajian dibawah akreditasi AACSB baru-baru ini.

Bengkel ini dilaksanakan sebagai platform untuk berbincang, meneliti dan menganalisis maklumat, serta mengatur strategi bagi menyediakan laporan AOL program masing-masing sebagai persediaan menghadapi audit akreditasi AACSB.

Program yang baru menyertai AACSB seperti Bachelor of Philosophy, Law and Business with Honours (BPLB), Bachelor of Applied Linguistics and Business Administration With Honours (BALBA), Bachelor of Education (Accountancy) dan Bachelor of Education (Business Administration) perlu menyediakan AOL mengikut ketetapan dan garis panduan AACSB.

Seramai 39 orang pensyarah telah terlibat di dalam kedua-dua bengkel peringkat prasiswazah dan pascasiswazah. Mereka telah menunjukkan penglibatan aktif melalui sesi perbincangan, dan perkongsian sewaktu sesi taklimat.

Secara keseluruhan, bengkel ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman peserta terhadap teknik penyediaan AOL, malah menjadi platform strategik untuk merancang hala tuju penambahbaikan kualiti akademik secara bersepadu dan berimpak tinggi menjelang audit pensijilan semula akreditasi AACSB pada tahun 2027. – Anith Raihana Zahari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button