Campus

PPQA anjur Program Bersama Pelanggan Sempena Hari Kualiti Sedunia

Gambar PPQA

SINTOK, 3 Disember 2025: Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) buat julung kalinya menganjurkan Program PPQA Bersama Pelanggan bersempena sambutan Hari Kualiti Sedunia 2025 di Bilik Tamra RMC, Kompleks Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah PPQA, Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, program yang pertama kali dianjurkan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan PPQA dengan warga universiti melalui perkongsian maklumat, sokongan perkhidmatan dan meningkatkan kefahaman warga kampus mengenai fungsi serta perkhidmatan utama PPQA.

Menurutnya, program ini juga memberi ruang kepada pelanggan untuk bertanya secara langsung serta menyampaikan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkat sistem pengurusan kualiti universiti.

Selain itu, antara tarikan utama program tersebut adalah kuiz interaktif dengan hadiah menarik untuk pemenang, penyediaan 20 cenderamata untuk peserta terawal, serta pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang direka bagi meningkatkan kesedaran tentang budaya kualiti dalam kalangan staf di UUM.

Program ini dijangka dapat memperkukuhkan hubungan antara PPQA dan seluruh komuniti kampus, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kualiti serta menyokong aspirasi UUM dalam mengekalkan kecemerlangan kualiti di peringkat nasional dan global.

Program turut menampilkan beberapa Kaunter Khidmat Pelanggan yang memberi penerangan terus kepada pengunjung, meliputi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Dokumen Kualiti Prosedur dan MS ISO 9001:2015, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), dan tiga (3) badan Akreditasi antarabangsa iaitu Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), ASEAN University Network-Quality Assurance (AUN-QA) dan EFMD Quality Improvement System (EQUIS). – Siti Hajar Mat Isa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button