Campus

Program Eco-Bite galak komuniti Changlun urus sisa makanan secara lestari

Berita dan gambar oleh Jawatankuasa Media & ICT STML

CHANGLUN, 27 September 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Unit Penyelidikan MyCircle, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), telah menganjurkan Program Eco-Bite untuk Pengurusan Sisa dan Lebihan Makanan: Solusi Lestari untuk Alam & Komuniti di tapak parkir berbumbung CMart, Changlun.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan menguruskan sisa makanan secara sistematik serta menggalakkan amalan mampan dalam kehidupan seharian. Dengan kerjasama CHJ Property Sdn. Bhd. dan Smart Waste, ia menghimpunkan warga setempat, usahawan sekitar Pusat Komersil Changlun, serta staf UUM.

Menurut Penasihat Program, Prof. Log. Ts. Dr. Mohd. Rizal bin Razalli, Eco-Bite menekankan pendidikan, bengkel, serta demonstrasi praktikal dalam penghasilan kompos daripada sisa makanan basah.

“Melalui program ini, peserta bukan sahaja belajar cara mengurangkan jumlah sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan, malah didedahkan dengan alternatif mesra alam seperti baja organik untuk kegunaan pertanian komuniti,” katanya.

Antara aktiviti utama termasuk perkongsian ilmu dan taklimat kesedaran pengurusan sisa, serta demonstrasi penghasilan baja kompos. Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 12 (Responsible Consumption and Production) dan SDG 13 (Climate Action).

Program sehari ini melibatkan sekitar 30 peserta dan berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan pengetahuan serta keterlibatan komuniti terhadap usaha kelestarian alam sekitar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button