Campus

Program kaunseling kerjaya tingkatkan kompetensi staf PPKKG

Gambar oleh Pusaka Intan Sdn. Bhd. & PPKKG

KUALA LUMPUR, 18–20 September 2025: Pusaka Intan Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Kaunseling Kerjaya di bawah K-Youth Development Programme Track B bertempat di Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan memperkasakan staf Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) dengan strategi kerjaya dunia sebenar, merangkumi pembangunan profesional, kepimpinan, penjenamaan diri, serta penguasaan kemahiran digital dan komunikasi.

Seramai tujuh orang staf PPKKG menyertai bengkel ini dan wakil daripada Kolej Perniagaan (COB) dan Kolej Sastera dan Sains (CAS) iaitu Dr. Amar Yasier, Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) serta Dr. Mohd Ahsani bin A. Malek, Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP).

Bengkel ini dikendalikan oleh Rohin Bimal Sharma, seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pembelajaran dan pembangunan di Malaysia, Kanada dan Singapura.

Beliau telah melatih lebih 40,000 profesional dalam kepimpinan, keusahawanan dan inovasi, serta merupakan pakar dalam pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).

Sepanjang bengkel, staf PPKKG diberi pendedahan melalui pelbagai modul menyeluruh, antaranya memahami trend pasaran kerja global dan tempatan, membina jenama diri profesional, menulis resume berimpak tinggi, menguasai teknik temu duga, serta mengoptimumkan profil digital seperti LinkedIn dan video resume untuk peluang kerjaya yang lebih luas.

Menurut Dr. Fikriyah Abdullah, Pengarah PPKKG, program ini bukan sekadar melengkapkan staf dengan kemahiran teknikal, malah memperkukuh kompetensi insaniah yang penting dalam dunia pekerjaan moden, termasuk komunikasi berkesan, daya tahan dan pengurusan imej profesional.

Dengan penganjuran Program Kaunseling Kerjaya ini, Pusaka Intan Sdn. Bhd. yakin ia mampu memberi impak besar terhadap pembangunan kerjaya staf PPKKG serta memperkasakan peranan mereka dalam membimbing pelajar dan menyokong aspirasi universiti untuk melahirkan graduan berkualiti serta kompetitif di peringkat global. – Anis Zulaikha binti Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button