Campus

Program MOHE-MDEC GOT beri bimbingan persiapkan pelajar jadi freelancer

SINTOK: Program MOHE – MDEC Global Outsourcing Talent (GOT) Bootcamp@UUM telah berjaya dilaksanakan selama seminggu bermula 11 Ogos lalu di CEDI UUM dengan penglibatan seramai 56 pelajar UUM.

Program ini merupakan inisiatif kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi  (CEDI).

Pengarah Eksekutif, Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd Khan berkata, program ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan latihan bagi mempersiapkan peserta menjadi seorang freelancer yang berjaya dan mendapatkan pendapatan secara digital di platform tempatan dan global.

Menurutnya, pelaksanaan program ini mampu membawa impak besar kepada pelajar, secara tidak langsung dapat memperkenalkan gig economy sebagai salah satu pilihan kerjaya mereka.

Di akhir program, terdapat beberapa anugerah diberikan kepada pelajar terbaik. Anugerah Freelancer Lelaki Terbaik telah dinobatkan kepada Haiman Syamil Hishamuddin, manakala Anugerah Freelancer Wanita Terbaik dimenangi oleh Nurhaziqah Hanapi dan Anugerah Agensi Terbaik pula dirangkul oleh Okay Agency.

Hadir sama, Ketua Operasi Pantai Timur, Pembangunan Jaringan dan Komuniti, MDEC, Ts. Zulkifli Ab. Rahim; Timbalan Pengarah CEDI, Fadzil Mohd Husin serta barisan jurulatih MDEC. – Shah Noor Afizah Ahmad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button