Campus

Program onboarding inkubator innopreneur @ SBM, SOE, SCIMPA, SQS

Gambar oleh: Nur Azhanie Kamil

SINTOK, 25 Ogos 2025: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan Program Onboarding Inkubator InnoPreneur @ SBM, SOE, SCIMPA, SQS pada 25 hingga 26 Ogos 2025 secara dalam talian dengan pengisian modul yang menekankan peranan penganjur, mentor serta strategi pembangunan syarikat pemula universiti.

Hari pertama program memberi tumpuan kepada pemahaman konsep inkubator, peranan penganjur dan mentor, selain aspek pengurusan serta pemantauan syarikat pemula. Manakala hari kedua menekankan aspek latihan pembangunan mentor, teknik pemantauan konsisten, strategi mengekalkan motivasi peserta serta kaedah mengukur impak program terhadap kejayaan syarikat pemula pelajar.

Program ini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asiatech Education Sdn. Bhd., Dr. Eric Balan, seorang pakar strategi inovasi dan pengkomersialan yang berpengalaman luas dalam bidang syarikat pemula dan keusahawanan.

Menurut Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar, pelaksanaan program onboarding ini penting bagi memastikan keselarasan pemahaman serta memperkukuh keupayaan dalam membimbing pasukan pelajar dan juga mentor.

“Program ini juga dijangka menyumbang secara langsung kepada pencapaian KPI universiti khususnya merangkumi bilangan produk dikomersialkan, pemindahan teknologi serta penubuhan syarikat pemula universiti.

“Dengan pendedahan awal yang terancang, program ini diyakini dapat meningkatkan keberkesanan bimbingan, sekali gus melahirkan lebih banyak syarikat pemula universiti yang berdaya saing di pasaran,” tambah beliau. – Nur Azhanie Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button