Campus

Pusat Zakat dan Wakaf UUM adakan Bengkel Pemantapan Garis Panduan Pengurusan Zakat UUM

Berita dan gambar Aini Bahrum

SINTOK, 23 November 2025: EDC UUM, Pusat Zakat dan Wakaf UUM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Garis Panduan Pengurusan Zakat yang berlangsung dari 19 hingga 20 November di EDC UUM.

Pengarah Pusat Zakat dan Wakaf, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali berkata, bengkel ini diadakan bagi merangka satu garis panduan pengurusan zakat yang lebih komprehensif dan seragam bagi pengurusan zakat di UUM.

Pada masa yang sama, menurutnya, proses semakan serta penambahbaikan terhadap skim-skim bantuan zakat sedia ada turut dilaksanakan agar terus memenuhi keperluan warga universiti.

Beberapa pusat panggungjawab (PTJ) berkepentingan seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Bendahari, Jabatan Sumber Manusia, Pusat Islam, Pusat Undang-Undang serta Penasihat Pusat Zakat Dan Wakaf UUM turut hadir bagi memberikan input dan pandangan bagi memperkukuh pengurusan zakat di universiti secara holistik.

Pada hari kedua, bengkel turut dihadiri oleh wakil Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dari semua pusat pengajian bagi membincangkan usaha pemusatan data zakat di UUM.

Perbincangan ini memberi fokus kepada penyelarasan proses penerimaan, pengagihan dan pelaporan maklumat data zakat.

Melalui bengkel ini juga, peserta bengkel dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan isu-isu semasa dalam pengurusan zakat di peringkat pusat pengajian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button