Campus

Retreat Pembinaan Pasukan UUM Press 2025 bina semangat dinamik

Gambar Muhammad Hasiff Muner

PULAU PINANG, 11 November 2025: UUM Press berjaya menganjurkan Retreat Pembinaan Pasukan Efektif 2025 selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Oktober lalu di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang.

Pengarah UUM Press, Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi berkata, program yang menghimpunkan seluruh warga kerja itu bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi dalaman serta membina budaya organisasi yang lebih positif dan produktif.

Sepanjang penganjuran, pelbagai aktiviti interaktif dilaksanakan. Hari pertama dimulakan dengan sesi Ice Breaker dan Team Formation diikuti Indoor Creative Games pada sebelah malam yang menekankan aspek kerjasama, strategi dan kepimpinan.

Hari kedua pula menyaksikan pembentangan pencapaian KPI 2025 serta perancangan setiap seksyen bagi tahun 2026. Pada sebelah petang, peserta diuji melalui aktiviti Strategi War Games yang mencabar ketangkasan mental dan fizikal dalam situasi berpasukan.

Kemuncak program ialah Majlis Sanjungan Budi bertemakan Bollywood pada malam kedua bagi menghargai jasa dan sumbangan Timbalan Pengarah, Rosma Ishak, serta Ketua Seksyen Percetakan, Kashfi Wahab, yang akan bersara.

Hari terakhir ditutup dengan aktiviti santai Pirate’s Quest yang menguji kreativiti dan kerjasama peserta sebelum sesi penutup dan daftar keluar.

Secara keseluruhannya, retreat berkenaan berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh nilai sinergi, meningkatkan motivasi serta menyemarakkan semangat kerja berpasukan warga UUM Press ke arah organisasi yang lebih berdaya saing dan cemerlang. – Siti Nur Dina Johary

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button