Campus

SBM jadi tempat rujukan dan penanda aras pengurusan subjek Asas Keusahawanan

Berita dan gambar Azam Arni Mohd Noor

SINTOK, 4 Januari 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dipilih sebagai rujukan dan sumber tanda aras oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi pengurusan dan pelaksanaan Subjek Prinsip Keusahawanan (MPU).

Pengerusi Program Sarjana Muda Keusahawanan, Dr. Azrain Nasyrah Mustapa berkata, pemilihan SBM sebagai institusi rujukan adalah berdasarkan pengalaman luas, kepakaran akademik, serta pendekatan sistematik yang diamalkan dalam penyampaian, pentaksiran, dan penyelarasan subjek keusahawanan di peringkat universiti.

Sepanjang lawatan tanda aras, pihak UMPSA telah diberikan pendedahan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran berimpak tinggi, serta amalan terbaik yang menyokong pencapaian hasil pembelajaran pelajar.

SBM amat berbesar hati dijadikan rujukan dan tanda aras, dan berharap kerjasama ini akan menjadi platform perkongsian pengalaman yang bermanfaat dalam memartabatkan subjek keusahawanan di universiti masing-masing.

Lawatan ini juga mengukuhkan jaringan kerjasama akademik antara institusi pengajian tinggi awam.

Hadir sama, Pensyarah SBM, Ts. Dr. Mathivannan a/l Jaganathan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button