Campus

SDG BINGO CHALLENGE tingkat kesedaran pelajar

SUNGAI PETANI, 17 Mac 2025: Program SDG BINGO CHALLENGE yang berlangsung di SMK Bakar Arang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kesedaran pelajar mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Program anjuran Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) dengan kerjasama Persatuan AIESEC ini telah menarik penyertaan seramai 65 pelajar daripada pelbagai peringkat umur.

Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan dan Pertumbuhan Ekonomi) serta SDG 14 (Kehidupan di Laut).

Aktiviti interaktif seperti “Draw, Guest, Act,” “Paper Path to Recycling,” dan “Flour Rush: Face to the Answer” telah memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.

Menurut pengarah program, saudara Chew Jing Hen dari Universiti Utara Malaysia (UUM), program ini bukan sahaja mencapai sasaran penyertaan tetapi juga berjaya memastikan lebih 80% peserta memahami konsep yang diketengahkan.

“Melalui pendekatan permainan interaktif, pelajar lebih mudah memahami kepentingan SDG dan bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dengan kejayaan ini, PENDIDIK berharap program seumpama ini dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah bagi memperkasakan generasi muda dalam menyokong agenda pembangunan mampan global. –  Dr. Nurul Huda Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button