Campus

Semangat baharu, strategi baharu: IPDM lakar perancangan strategik 2026

Gambar oleh: Hasnah Mohamad Hanapiah

LANGKAWI, 24-26 September 2025: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah berjaya melaksanakan Bengkel Perancangan Strategik dan Pembangunan Staf IPDM 2026 bertempat di HIG Hotel, Langkawi, Kedah.

Bengkel selama tiga hari ini melibatkan penyertaan seramai 12 orang staf dan felo IPDM. Ia bertujuan membuat refleksi terhadap pencapaian IPDM tahun 2025, khususnya mengenal pasti cabaran serta peluang strategik. Lebih utama, ia merupakan wadah merangka strategi baharu bagi tahun 2026.

Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam pelbagai sesi penting termasuk pembentangan laporan pencapaian IPDM 2025, perbincangan kumpulan fokus, pembentangan cadangan strategi serta aktiviti pemantapan pasukan.

Bengkel turut menekankan aspek pembangunan staf melalui refleksi bersama dan perkongsian idea secara kolektif.

Pengarah IPDM, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, dalam ucapan penutup menekankan kepentingan komitmen bersama dalam melaksanakan pelan tindakan yang telah dirangka, bagi memastikan IPDM terus unggul sebagai pusat kecemerlangan dalam pemikiran, kepemimpinan dan dasar negara.

Program ini bukan sahaja memperkukuh hala tuju IPDM, malah turut mengeratkan hubungan kerja dan semangat berpasukan dalam kalangan staf serta felo IPDM. – Mohammad Taufiq Othman

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button