Campus

Sesi penyerahan tugas pengetua INASIS Luar Kampus

Berita dan gambar oleh Ditulis oleh Muhammad Izzat Iskandar bin Baharudin

SINTOK, 15 Februari 2026: Sesi penyerahan tugas Pengetua INASIS Luar Kampus telah diadakan pada 15 Februari 2026, bertempat di INASIS Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam suasana santai dan penuh muhibah.

Majlis ini dimulakan dengan sesi penyerahan fail serah tugas rasmi jawatan Pengetua daripada Pengetua terdahulu, Encik Sukri bin Othman, kepada Pengetua baharu, Puan Juhaina Che Juhari.

Penyerahan tersebut menandakan kesinambungan tadbir urus yang teratur serta komitmen untuk meneruskan perancangan dan pelaksanaan pentadbiran dengan lancar.

Walaupun diadakan secara sederhana, sesi ini tetap membawa makna besar sebagai simbolik peralihan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui pengurusan serta pentadbiran INASIS Luar Kampus.

Sepanjang tempoh pentadbiran beliau, Encik Sukri bin Othman telah menyumbang kepada pengukuhan sistem pengurusan serta kebajikan penghuni INASIS Luar Kampus.

Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan telah membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih kondusif dan tersusun.

Peralihan kepimpinan ini diharap dapat memperkukuh lagi pengurusan INASIS Luar Kampus serta meneruskan usaha penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Dengan sokongan barisan pengurusan dan warga INASIS, kesinambungan kepimpinan ini diyakini mampu memastikan INASIS Luar Kampus terus berfungsi sebagai kediaman mahasiswa yang selesa, selamat dan menyokong pembangunan sahsiah pelajar selari dengan aspirasi universiti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button