SPRINTs sedia platform kepada penyelidik UUM untuk terus perkukuhkan kualiti penyelidikan
Berita dan gambar Khairil Azfar Ahmad Zubir
SINTOK, 2 Oktober 2025: Program Scale Up Product In Translational Research (SPRINTs) yang telah berlangsung dalam 2 sesi sebelum ini telah melabuhkan tirai dengan penganjuran Fasa 3 pada 23 September lalu.
SPRINTs Fasa 3 telah berjaya dianjurkan secara dalam talian dengan memberikan fokus utama kepada penilaian tugasan yang melibatkan para peserta.
Program ini sekali lagi menampilkan Presiden ITMA, Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, sebagai penceramah yang berkongsi pandangan serta penilaian terhadap tugasan yang dikemukakan oleh penyelidik.
Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, sesi ini telah memberi ruang kepada peserta untuk menambah baik penyelidikan mereka terutamanya dari aspek inovasi dan pengkomersialan melalui maklum balas serta panduan daripada pakar.
Melalui sesi ini, menurutnya, penyelidik bukan sahaja dapat menilai kemajuan projek masing-masing, malah berpeluang memperkukuh hala tuju penyelidikan mereka.
Secara keseluruhannya, Program SRTINTs: Fasa 1 – 3 telah mencapai matlamat dan hasrat ICC dalam menyediakan platform kepada penyelidik UUM untuk terus memperkukuhkan kualiti hasil penyelidikan masing-masing di samping meningkatkan produktiviti inovasi universiti yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.