Campus

The 5th YRQS platform penyelidik muda SQS

Gambar SQS

SINTOK, 3 Mac 2025: The 5th Young Researchers’ Quantitative Symposium (YRQS) 2025 anjuran Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah diadakan yang melibatkan sesi pembentangan hasil penyelidikan pelajar tahun akhir sarjana muda yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran peringkat universiti yang berkaitan dengan ilmu kuantitatif.

Seramai 166 pelajar tahun akhir sarjana muda dari bidang Sains Pemutusan, Matematik Perniagaan dan Statistik Industri terlibat dalam simposium ini.

Antara penceramah jemputan yang memeriahkan program ini ialah Timbalan Pengurus Kanan, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), Mohamad Hanis Mansor; Pensyarah SQS, Prof. Madya Ts. Dr. Jastini Mohd Jamil dan Pengarah Kanan, PayNet Malaysia SB, Firdaus Ghani.

Simposium ini menjadi platform kepada penyelidik muda dari SQS, terutamanya dalam bidang penyelidikan kuantitatif, untuk berbincang dan membentangkan penemuan, metodologi, dan inovasi terkini.

Program ini membantu peserta meningkatkan kemahiran penyelidikan mereka serta memperluas hubungan akademik dan profesional.

Selain itu, program ini dapat memperkukuhkan jalinan hubungan antara penyelidik dan pihak industri, sekaligus membuka peluang kolaborasi yang lebih luas pada masa akan datang. Dengan fokus kepada penyelidikan kuantitatif, simposium ini memainkan peranan penting dalam memajukan bidang penyelidikan melalui pertukaran ilmu dan pengalaman. – Ruzleeta Zakaria

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button