UPIF anjur Wacana Minda Syariah “Emas Dari Perspektif Syariah Dan Isu Semasa”
Berita dan gambar Dr. Suhanim Abdullah
SINTOK, 24 September 2025: Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF) telah menganjurkan Wacana Minda Syariah bertajuk Emas Dari Perspektif Syariah dan Isu Semasa di Bilik Bimasakti, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP).
Wacana yang disertai 60 warga UUM turut disiarkan menerusi Webex untuk semua staf UUM.
Pengarah Program, Prof. Madya Dr. Mohd Akram Dahaman@ Dahlan berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan emas yang sesuai dijadikan simpanan jangka panjang kerana memiliki pelbagai kelebihan.
Menurutnya, perbincangan wacana ini meliputi aspek syariah dan isu semasa.
Staf yang hadir berpeluang mendengar wacana yang disampaikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Sabnuha Gold and Jewellery Sendirian Berhad, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail.
Antara topik yang dibincangkan termasuklah sejarah penggunaan wang emas dalam tamadun dunia, perubahan daripada penggunaan wang emas kepada wang kertas, emas dari perspektif syariah dan isu semasa berkaitan emas sebagai simpanan jangka panjang.
Penganjur berhasrat untuk mengadakan lagi program seperti ini pada masa hadapan.