UUM tandatangani LoI dengan TERSU, Uzbekistan
SINTOK, 12 November 2024: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan Termez State University (TERSU), sebuah universiti terkemuka dari Republik Uzbekistan.
Majlis Menandatangani LoI ini diadakan pada 9 November lalu di Bilik Mersawa, EDC UUM bersempena dengan 2024 UUM Global Partnership Dinner.
Majlis Menandatangani LoI ini disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan Rektor TERSU, Abdukodir Toshkulov.
Dalam majlis tersebut, turut hadir termasuk Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Penasihat Undang-Undang, Penolong Naib Canselor CAS serta pegawai-pegawai lain. Manakala pihak TERSU, selain Rektor, turut hadir ialah Encik Togaev Gafur, Timbalan Rektor, dan Khayrulla Toshkulov.
LoI ini ditandatangani di bawah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) di mana Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) SQS, Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman hadir mewakili Dekan SQS.
Sehingga kini, SQS telah pun mempunyai hubungan kerjasama dengan beberapa universiti dari Uzbekistan, termasuk Tashkent International University of Financial Management and Technologies (TIFT) dan Tashkent State University of Economics (TSUE).
Kerjasama ini membuka peluang untuk kedua-dua universiti menjalin hubungan yang lebih erat dalam bidang akademik, penyelidikan dan pertukaran pengetahuan serta meningkatkan lagi rangkaian global UUM dalam sektor pendidikan tinggi.- Haslida Ismail