Education

AHSGS dan SoE sebagai pempamer reruai BTP Program Guru Pemacu Reformasi Pendidikan 

Berita dan gambar Dr. Nor Fauzian Kassim

PUTRAJAYA, 29 Julai 2025: Pusat Pengajian Pendidikan (SoE) dan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) telah menyertai Program Guru Pemacu Reformasi Pendidikan: Penajaan Pengajian Ijazah Sarjana dan Kedoktoran Tahun 2025 tanjuran Bahagian Tajaan Pendidikan (BTP) di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), KPM, Datuk Wan Hashim Wan Rahim.

Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman; Pengerusi Program Pascasiswazah Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD.) dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Penyelidikan), Dr. Nor Fauzian Kassim dan Pengerusi Program Doktor Pendidikan (EdD.), Dr. Arumugam a/l Raman telah terlibat sebagai pempamer reruai di program tersebut.

Turut serta, dua pegawai pentadbir dari Pusat Pengajian Pascasiswazah Awang Had Salleh iaitu Zor Mat Nor dan Mohd Zaki Abdul Razak bersama Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Prof. Madya Dr. Zawawi Abu Bakar.

Dr. Mohamad Khairi berkata, hasil dari promosi dalam pameran reruai berkenaan, Pusat Pengajian Pendidikan telah berjaya mendapatkan lebih dari 30 calon pelajar pascasiswazah daripada seramai 487 penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dari seluruh negara.

Selain dari itu, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) dan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) juga bakal menerima calon pelajar.

“Adalah dijangkakan lebih ramai calon pascasiswazah akan memilih UUM selepas perancangan strategik bagi sesi promosi besar-besaran dilaksanakan selepas ini,” kata Dr. Mohamad Khairi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button