Education

ARICG, FAMA dan PKWK perkasa penjaja kecil wanita melalui Program Pemantauan Perekodan Kewangan

Berita dan gambar Norfaiz Ab. Mutalib

SINTOK, 13 Julai 2025: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Negeri Kedah (FAMA) dan Pertubuhan Kesedaran Wanita Negeri Kedah (PKWK) telah menganjurkan Program Pemantauan Pengurusan Kewangan Perniagaan Dalam Kalangan Penjaja Kecil Changlun.

Program yang berlangsung di Makmal Komputer Eksekutif, Kompleks Konvensyen UUM ini melibatkan tujuh peserta wanita dari Changlun yang bernaung di bawah FAMA.

Antara aktiviti utama program adalah pendaftaran peserta, Sesi ice breaking yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah ARICG, Prof. Dr. Halimah Abdul Manaf.

Program diteruskan dengan slot perkongsian Kepimpinan Wanita Dalam Perniagaan oleh Pengurus Delazi Enterprise, Noor Rina Hassan, yang membuka peluang rangkaian perniagaan baru kepada peserta.

Seterusnya, sesi Pemantauan Perekodan Kewangan yang menumpukan pada Pengurusan Modal Pusingan dan Keuntunganyang sistematik dikendalikan oleh Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran, bersama Felo Penyelidik ARICG, Dr. Mazrah Malik@Malek.

Program diakhiri dengan penilaian peserta serta sesi refleksi pembelajaran dan penutup yang bertujuan memastikan keberkesanan ilmu yang disampaikan.

Turut hadir menyertai program ialah Pegawai FAMA Daerah Kota Setar/Kubang Pasu, Nur Shafaiza Abu Bakar, dan Pengurus Pasar Tani Kekal Changlun, Norazize Yusoff; pengerusi dan ahli PKWK serta felo penyelidik dan staf ARICG.

Program ini diharapkan dapat memperkasakan daya saing dan meluaskan rangkaian perniagaan penjaja wanita Changlun dengan kemahiran pengurusan kewangan yang kukuh dan sistematik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button