Bengkel Bedah Sijil Takaful bagi kesedaran perancangan perlindungan takaful
Gambar IBS
SINTOK, 19 Februari 2025: Dana Sosial Takaful (STF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah menganjurkan Bengkel Bedah Sijil Takaful yang dikendalikan oleh Dr. Zairol Azhar Auzzir dan Dr. Amar Yasier Razli, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia.
Pengurus STF, Dr. Mohamad Yazid Isa berkata, bengkel ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta yang terdiri dari staf pentadbiran dan akademik UUM mengenai manfaat sijil takaful yang dimiliki mereka bagi membolehkan perancangan perlindungan takaful yang lebih menyeluruh di masa hadapan.
Menurutnya, kedua-dua penceramah meneliti sijil takaful peserta dan memberikan khidmat nasihat mengenai perlindungan takaful yang terbaik yang ditawarkan dalam pasaran.
Bengkel ini merupakan sebahagian dari mandat STF bersama FWD Takaful dalam memastikan peserta cakna mengenai pengurusan risiko bagi kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat. – Nurul Nadia Saad