Education

Bengkel STML catat kejayaan apabila ramai peserta hasilkan Artikel Scopus

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Risyawati Mohamed Ismail

GURUN, 12 September 2025: Pusat PengajianPengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencatat pencapaian membanggakan apabila 64.3 peratus daripada jumlah peserta seramai 28 orang berjaya menghantar artikel ke jurnal berindeks Scopus dalam Bengkel Strategik Penulisan dan Pemerkasaan Penerbitan STML yang berlangsung pada 8 hingga 10 September lalu di The Jerai Hill Resort.

Bengkel ini telah dipimpin oleh Pengarah program, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim, dengan pengisian utama berbentuk ceramah dan bimbingan penulisan intensif.

Sementara, Prof. Ts. Dr. Azham Hussain telah dijemput menyampaikan syarahan bertajuk “Writing High-Impact Articles in AI”, manakala sesi penulisan teknikal setiap bahagian artikel telah difasilitasi oleh Dr. Md. Abdul Kafi.

Dekan STML, Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Salleh berkata, bengkel ini dianjurkan untuk membudayakan penulisan ilmiah dalam kalangan staf akademik, di samping memperkukuh strategi penerbitan berimpak tinggi universiti.

Pencapaian ini bukan sahaja menunjukkan komitmen warga akademik STML dalam menghasilkan penulisan berkualiti, malah membuktikan bahawa sokongan strategik seperti bengkel ini mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitanantarabangsa,” katanya.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan, peserta diberi ruang eksklusif untuk fokus menulis dalam suasana kondusif, bermula daripada penyusunan pengenalan hingga ke penghantaran artikel.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi UUM untuk terusmemperkukuh reputasi sebagai universiti penyelidikan bertaraf global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button