Education

Delegasi UUM rancak promosi di Minggu Pendidikan Tinggi Ekspo Osaka 2025

Gambar oleh: Dr. Azahar Kasim

PAVILION KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Minggu Pendidikan Tinggi anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung di Pavilion Malaysia, sempena Ekspo 2025 Osaka, Jepun bermula dari 21 hingga 26 Julai ini.

Bertemakan Study in Malaysia, program ini menjadi platform strategik untuk mempromosikan keunggulan institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia kepada masyarakat antarabangsa, khususnya Jepun. Pelbagai pengisian, perkhidmatan serta aktiviti interaktif ditawarkan kepada pengunjung sepanjang minggu penganjuran.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan yang turut hadir di pavilion berkenaan menyatakan komitmen UUM dalam memperkukuh jaringan antarabangsa dan memperkenalkan program-program akademik universiti kepada pelajar luar negara.

UUM akan terus menyokong agenda KPT dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara ke persada antarabangsa melalui kerjasama strategik dan promosi berterusan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button