KAFA Pusat Islam menduduki tempat pertama daerah Kubang Pasu
SINTOK, 27 Mac 2025: Pusat Islam UUM menduduki carta pertama Daerah Kubang Pasu bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2024.
KAFA Pusat Islam UUM juga mencatatkan kejayaan yang membanggakan dengan menduduki tempat keempat daripada 54 Pusat KAFA yang lain.
Seramai 27 orang pelajar menduduki ujian tersebut, dan dua daripadanya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan 9A, manakala tujuh orang lagi mendapat 8A.
Kejayaan ini turut membuktikan bahawa KAFA Pusat Islam UUM telah mengekalkan kecemerlangan sejak tahun 2016. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pendidikan agama serta kecemerlangan pelajarnya dalam ujian yang penting ini.
Salah seorang pelajar cemerlang KAFA yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus Nephritis @ Lupus Nephritis, Alya Azzahra Dagang telah mendapat keputusan 8A 1B.
Menurut Ibunya, anaknya mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya, walaupun pada Ujian Percubaan dia tidak dapat hadir untuk menjawab peperiksaan tersebut kerana berada dalam wad.
“Alhamdulillah dengan keputusan ini walaupun pelbagai ujian anak saya terpaksa harungi, beliau tetap bersemangat untuk menjawab dengan baik,” ujarnya.
Pengarah Pusat Islam turutmemberi semangat kepada anak-anak pelajar supaya, tetap bersemangat untuk berjaya walau dalam keadaan sakit sekali gus memberi dorongan kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berjaya. – Wan Nor Zuhaidi dan Dakina Zakaria