Education

Kunjungan hormat ARICG ke PPNP cetus kerjasama strategik baharu

Gambar ARICG

IPOH, 19 Februari 2025: ASIAN Research Institute for Corporate Governance (ARICG) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pembangunan Negeri Perak (PPNP) bagi membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Timbalan Pengarah ARICG, Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf  bersama dengan beberapa felo penyelidik dari institut tersebut.

Ketibaan delegasi ARICG di pejabat PPNP telah disambut oleh Pengarah PPNP, Dato’ Shamshuzaman Sulaiman serta Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak.

Dr. Halimah berkata, kunjungan hormat tersebut telah mencetuskan peluang  hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang dan program termasuk penyelidikan, perundingan dan program khidmat masyarakat antara ARICG dan PPNP.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak dapat mengenal pasti sinergi kepakaran masing-masing untuk  membangunkan kerangka program yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak terutama berkaitan tadbir urus baik.

Delegasi ARICG mengucapkan terima kasih kepada pihak PPNP atas sambutan yang baik dan komitmen yang diberikan untuk mewujudkan kerjasama strategik berdasarkan kepakaran ARICG dan sumber yang dimiliki dalam meningkatkan tadbir urus PPNP. – Norhafiza Hashim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button