Education

PACE sedia laksana Program Open Distance Learning (ODL)

ALOR SETAR: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) telah mengadakan bengkel pemantapan persediaan Program ‘Open Distance Learning’ (ODL) di Raia Hotel, baru-baru ini.

Bengkel selama dua hari itu bertujuan untuk memantapkan semua aspek keperluan penawaran program ODL yang meliputi pendaftaran dan orientasi pelajar, latihan pengajaran dan pembelajaran ODL untuk staf akademik dan sokongan, panduan penggunaan sistem dan aplikasi ODL serta sistem sokongan pelajar ODL.

Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar merakamkan ucapan terima kasih dan menekankan komitmen semua pihak yang terlibat agar bersiap siaga dalam semua aspek agar penawaran program ODL pada Oktober 2024 dapat direalisasikan dengan lancar.

Menurutnya, PACE berharap penawaran dua program sulung ODL iaitu Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (BBA) dan Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM) terlaksana mengikut standard yang ditetapkan.

“Kekal konsisten dan siap siaga dalam semua aspek pengurusan penawaran ODL termasuk memberi perhatian teguran dan cadangan hasil audit fasiliti serta Bahagian Swaakreditasi, Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi UUM.

“Semoga penawaran program ODL ini berjalan dengan baik mengikut perancangan dan sekiranya ada sebarang masalah kita akan bertindak mengatasinya sebaik mungkin,” katanya.

Bengkel ini juga berjaya menyediakan garis panduan pelaksanaan ODL kepada bakal pensyarah dan semua staf sokongan terlibat pada September nanti.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz  Othman; Pengurus Eksekutif UUM LEADS iaitu Prof. Madya Dr. Rozita Abdul Mutalib dan Dr. Mawarny Md. Rejab dan Ketua Penolong Pendaftar PACE, Mohd Fairus Abd Majid serta pegawai dari UUM LEADS. – Mohd Fairus Abd Majid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button