Education

Pelajar perlu jadi pencipta kerja, bukan pencari kerja – Ewon Benedick

Berita dan gambar Suhaida Azmi

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2025: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menggesa golongan mahasiswa untuk meneroka bidang keusahawanan dan menjadi pencipta kerjaya, bukan sekadar bergantung pada peluang pekerjaan sedia ada.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Program Bank Rakyat UNIprenuer 5.0 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan tentang keperluan penguasaan kemahiran digital dalam kalangan usahawan, terutamanya bagi memperluas pasaran dan meningkatkan kecekapan operasi termasuk untuk produk luar bandar.

“Pendigitalan ialah lonjakan ke arah ekosistem keusahawanan yang lebih inklusif dan mampan, sejajar dengan aspirasi ekonomi digital negara dan kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Beliau juga meluangkan masa melawat reruai jualan, seterusnya membeli produk dua usahawan pelajar dibawah seliaan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) iaitu Rina Farzana Abdullah dan Nurintan Masitah Mohamed Ismail dari program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Mod 2U2I), Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menerusi program ini, usahawan siswa asnaf diberikan suntikan dana, latihan dan bimbingan holistik meliputi pembangunan kapasiti dan daya tahan perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran serta adaptasi teknologi dan pendigitalan dalam operasi perniagaan.

Turut hadir, Pengarah PPKS, Fadzil Mohd Husin, dan Penyelaras program Bank Rakyat UNIprenuer 5.0, Prof. Madya Dr. Azahari Ramli.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button