Education

Pelajar STML rangkul anugerah utama di Virtual Innovation Competition 2025

Gambar Tan Xue Jia

MACHANG, 1 Julai 2025: Pelajar cemerlang Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Tan Xue Jia dan Teh Ru Wei, telah berjaya merangkul dua anugerah utama di Virtual Innovation Competition 2025 (VIC 2025) yang berlangsung di UiTM Cawangan Kelantan, baru-baru ini.

Dua pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) tersebut merangkul Anugerah Emas dan berada dalam 5 Terbaik Dunia.

Pertandingan inovasi antarabangsa ini dianjurkan oleh DIGIT360 – Syarikat Permulaan UiTM dengan kerjasama rakan global.

Di bawah bimbingan hebat Dr. Chuah Lai Fatt, projek inovatif mereka bertajuk “Landasan Naik Turun Mudah Alih Boleh Laras dengan Takal untuk Akses Feri Mesra Kerusi Roda” telah memikat hati juri dengan reka bentuk yang inklusif dan lestari.

Inovasi ini menampilkan landasan ringan dan boleh dilanjutkan, sistem takal, permukaan anti-gelincir, jaring keselamatan, dan akses penuh untuk pengguna kerusi roda — mengurangkan masa naik turun sebanyak 57 peratus, menjimatkan kos penyelenggaraan terminal, serta meningkatkan keselamatan pengguna.

Projek ini selaras dengan Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan berpotensi tinggi untuk dikomersialkan di terminal-terminal feri seluruh Malaysia.

Sekalung tahniah kepada Xue Jia dan Ru Wei atas kejayaan berganda ini dalam memacu inovasi maritim yang inklusif. – Dr. Chuah Lai Fatt

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button