Education

Pembentukan pelan strategik JPPH perkasa hala tuju penubuhan

Gambar Mohd Mahadi Mohd Razani

PULAU PINANG, 17 September 2025: Jabatan Perancangan dan Pembangunan Hartanah (JPPH), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Jabatan Perancangan dan Pembangunan Hartanah dan Hala Tuju Program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan di Bahang Bay Hotel.

Program ini diadakan bertujuan untuk merangka hala tuju dan pembentukan KPI Pelan Strategik JPPH untuk tempoh tahun 2026-2030 yang turut memfokuskan kepada pembentukan visi dan misi JPPH yang lebih spesifik bagi membawa staf akademik JPPH ke arah yang lebih cemerlang.

Program ini dihadiri oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan di mana dalam ucapannya  meminta agar staf akademik JPPH dapat menonjol di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Pada hari ini, saya menyarankan konsep 1 staf 1 industri kepada staf akademik JPPH supaya staf akademik JPPH dapat menjalin kerjasama dengan industri bagi memacu kecemerlangan JPPH.

“Saya berharap supaya konsep 1 staf 1 industri dapat meningkatkan keterlihatan program JPPH di peringkat kebangsaan secara khusus,” katanya di majlis makan malam.

Selain itu, beliau juga berharap pensyarah baharu untuk memberi kerjasama dan sentiasa komited dalam memastikan bahawa Program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dapat diperkukuhkan bagi melahirkan pelajar Pengurusan Pembangunan yang holistik.

Katanya, tarikh 9.9.2025 menjadi tonggak kepada lonjakan positif JPPH untuk terus sukses dan cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.

Program ini telah dirasmikan oleh Dekan SOG, Prof. Madya PMgr. Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid.

Beliau mengajak semua staf akademik JPPH untuk melihat realiti yang dihadapi oleh staf pada masa sekarang dan cabaran yang menanti dalam memastikan keterlihatan JPPH di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

JPPH telah diwujudkan selama 25 tahun dan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan pembangunan dan hartanah di Malaysia dan berharap program ini menjadi pemangkin kecemerlangan JPPH dalam mencapai KPI Pelan Strategik JPPH 2026-2023.

Program JPPH ini turut diselitkan dengan aktiviti team building untuk mengeratkan hubungan antara staf, selain sukaneka seperti permainan bola ping pong, belon beracun, meniup belon sampai pecah dan mencari perkataan tersembunyi memberi prespektif baharu kepada semua staf akademik JPPH.

Program tiga hari ini  telah berjaya menghasilkan KPI Pelan Strategik JPPH 2026-2030 dan Pelan Tindakan dalam memastikan KPI yang telah dibentuk dapat dicapai. – Dr. Khofizhoah Mohd Karim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button