Education

Pensyarah UUM sertai International Teaching Week di Lithuania

Berita dan gambar Dr. Zhamri Che Ani

LITHUANIA, 29 Mac 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuhkan jaringan antarabangsa apabila pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Dr. Zhamri Che Ani telah menyertai program International Teaching Week 2026 di bawah tajaan Erasmus+ Staff Training Programme yang berlangsung di Vilniaus Kolegija, Lithuania.

Dr. Zhamri berkata, program mobiliti akademik ini diadakan dari 2 hingga 6 Mac lalu yang menghimpunkan seramai 90 pensyarah dari 25 negara untuk berkongsi kepakaran, pengalaman pengajaran serta memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi.

Sepanjang program tersebut, Dr. Zhamri telah menyampaikan sesi kuliah bertajuk ‘Advancing Software Quality Management through DevOps and Automation’ yang memberi pendedahan kepada pelajar antarabangsa mengenai amalan terbaik dalam pembangunan perisian moden.

Selain aktiviti pengajaran, program ini juga membuka ruang kepada perbincangan akademik, pertukaran idea pedagogi, serta penerokaan peluang kerjasama penyelidikan antara UUM dan institusi luar negara.

Penyertaan ini selaras dengan aspirasi UUM untuk memperluaskan jaringan global serta meningkatkan keterlihatan universiti di peringkat antarabangsa sebagai langkah menyokong usaha universiti dalam memperkasakan mobiliti staf dan memperkayakan pengalaman pengajaran melalui pendedahan global.

Diharapkan penyertaan dalam program seperti ini akan terus memberi impak positif kepada pembangunan akademik, penyelidikan, dan pengantarabangsaan UUM pada masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button