Education

Pro-Canselor perkenan terima menghadap Naib Canselor

Gambar Shamsaimi Ezil

ALOR SETAR, 8 Mac 2026: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) perkenan menerima menghadap Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di Wisma Darulaman, pagi tadi.

Tujuan sembah menghadap itu antara lain untuk memperkenalkan diri yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawat jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia sejak 16 Disember 2025 lalu.

Selain itu, beliau menyembah maklum tentang Majlis Konvokesyen ke-39 Universiti Utara Malaysia dan Kejohanan Golf Remaja Piala Raja Muda.

Kejohonan Golf Remaja Piala Raja Muda, atau Raja Muda Cup – UUM Junior Open Championship 2026 dicadangkan pada Ogos depan dan memohon limpah perkenan Tuanku Pro-Canselor untuk bercemar duli berangkat ke UUM untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemain pada hari terakhir kejohanan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button