Education

Program Bimbingan Perekodan Kewangan Digital perkasa penjaja kecil wanita FAMA Changlun

Berita dan gambar Norfaiz Ab. Mutalib

CHANGLUN, 17 September 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah telah mengadakan Program Bimbingan Perekodan Kewangan Digital Penjaja Kecil Wanita FAMA Changlun Kali Ke-4 di Bilik Seminar Eksekutif, Kompleks Konvensyen UUM.

Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran telah mengalu-alukan tetamu dari Ibu Pejabat FAMA, Selangor, penjaja wanita Changlun yang hadir dan juga felo penyelidik ARICG.

Pasukan Ibu Pejabat FAMA telah diketuai oleh Dr. Mangaleswari a/p K Surbramaniam bersama Dr. Abdul Razif Abdul Razak dan dua pegawai.

Dr. Mangaleswari berkata, objektif pertemuan adalah membincangkan kerjasama strategik di antara FAMA dengan ARICG bagi keterlibatan yang lebih meluas dan bermanfaat bagi peniaga di bawah seliaan FAMA di negeri Kedah.

Di dalam bengkel ini, demonstrasi aplikasi Perekodan Kewangan Digital telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rafeah Mat Saat dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA).

Aplikasi perekodan digital ini dapat membantu penjaja wanita dalam merekodkan urusan perniagaan harian dengan lebih mudah dan cepat.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen UUM dalam menjalin kerjasama rentas agensi untuk pembangunan komuniti dan memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan, seiring dengan aspirasi universiti sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button