Education

Projek SIGS Boostpreneur Queen perkasa usahawan wanita Kedah

SINTOK: Projek ‘Social Innovation Grant Scheme’ (SIGS), QUEEN (Quality Up-Skilling and Empowerment for Entrepreneurial Nurturing) berjaya memperkasakan usahawan wanita sekitar negeri Kedah dalam bidang makanan dengan menyediakan Kursus Pendek Latihan Penyediaan Pendek Penghasilan Nugget, Bebola, Donut dan Roti Canai di Kolej Komuniti Jitra.

Projek ini adalah hasil kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM), Kolej Komuniti, Persatuan Usahawan Bumiputera Malaysia, Persatuan Wanita Insprirasi Mampan Jerlun dan Persatuan Usahawan Wanita Bukit Kayu Hitam.

Ketua Projek, Ts. Dr. Mathivannan Jaganathan berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan bantuan latihan keusahawanan dan kewangan kepada individu dan kumpulan usahawan wanita yang berhasrat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, Projek SIGS – QUEEN ini akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama, termasuk yang pertama, pembangunan kemahiran di mana program ini akan menawarkan kursus dan bengkel jangka pendek yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran teori dan praktikal dalam bidang makanan peserta.

Selain itu, katanya, latihan keusahawanan seperti pengurusan perniagaan, pemasaran digital dan inovasi produk turut didedahkan kepada usahawan.

“Kedua, sokongan kewangan. Melalui geran ini, usahawan yang layak akan menerima bantuan kewangan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka termasuk pembiayaan untuk membeli peralatan, bahan mentah, dan kos operasi lain.

“Ketiga, jaringan dan mentoring di mana peserta akan diberikan peluang untuk berhubung dengan mentor akademik dan industri yang berpengalaman. Ini akan membantu mereka mendapatkan nasihat dan panduan yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan.

“Terakhir, fokus kepada inovasi sosial. QUEEN juga menekankan pentingnya inovasi sosial dalam perniagaan. Usahawan digalakkan untuk mencipta penyelesaian yang bukan sahaja menguntungkan tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelancaran program ini, diharapkan lebih ramai usahawan dapat meningkatkan daya saing dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif di negara ini.

Turut hadir, Syahrina Abdullah selaku ahli projek SIGS QUEEN mengiringi usahawan dalam menyertai kursus dan latihan tersebut. – Ts Dr. Mathivannan Jaganathan 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button