Education

Pusat Zakat Dan Wakaf terima Sijil Kompetensi Profesional Amil Zakat IPT

PORT DICKSON, 26 Januari 2025: Staf Pusat Zakat dan Wakaf, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dianugerahkan Sijil Kompetensi Profesional Amil Zakat dan Wakaf Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam satu majlis yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Lexis, Negeri Sembilan.

Program ini dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat (MAWEZ), Universiti Awam, dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha di bawah Geran Penyelidikan Fundamental (FGRS) 2023, dengan fokus kepada Kerangka Kompetensi Amil Zakat IPT, sejajar dengan agenda membangunkan Malaysia MADANI.

Majlis ini bertujuan meningkatkan profesionalisme amil zakat IPT untuk memperkukuh peranan zakat dan wakaf dalam pembangunan masyarakat serta melatih amil zakat IPT yang berilmu, beretika dan berintegriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti UUM.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button