Education

SOL dan Badan Kehakiman Negara perkukuh hubungan melalui program ‘Talk On Judicial Clerkship, Internship and Green Harvest’

Berita dan gambar Dr. Mukhriz Mat Rus

SINTOK, 6 Julai 2025: Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pejabat Ketua Hakim Negara telah menganjurkan Talk on Judicial Clerkship, Internship And Green Harvest di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen UUM dan Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM.

Program hari pertama berbentuk pengisian berkenaan program-program latihan dan sangkutan di mahkamah yang boleh disertai oleh pelajar undang-undang semasa dan selepas tempoh pengajian di UUM.

Pengisian disampaikan oleh pegawai kehakiman dari Bahagian  Penyelidikan, Pejabat Ketua Hakim Negara, iaitu Maisarah Juhari, Ong Wee Ho, Norliza Ab Aziz dan Nor Huda Md Zuki.

Maisarah telah berkongsi pengalaman luasnya sebagai pegawai kehakiman bagi mendedahkan kepada pelajar akan perkhidmatan penting itu.

Pada hari kedua pula, lebih 30 pelajar undang-undang diberi bimbangan dan tips menghadiri temuduga bagi perkhidmatan perundangan dan kehakiman melalui sesi ‘Mock Interview’.

Pengerusi Program LL.B, Dr. Mukhriz Mat Rus berkata, acara sebegini membantu pelajar menyiapkan diri untuk menghadiri temuduga kelak dan meningkatkan kemahiran berdasarkan kepada maklum balas dan pedoman yang diberikan oleh pegawai kehakiman tersebut.

Menurutnya, pegawai kehakiman yang bertindak sebagai panel temu duga turut memberi komen dan maklum balas tentang kurikulum vitae (CV) yang telah disediakan pelajar.

Pihak pengurusan SOL merakam penghargaan kepada pihak Pejabat Ketua Hakim Negara, dan semua pihak yang telibat dalam menjayakan penganjuran program yang bermanfaat ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button