Education

Staf SLCP rangkul naib johan dalam Pertandingan Chinese Language Teaching Idols 2025

Gambar oleh: Norshahira Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2025: Puan Norshahira Ismail, staf daripada Unit Bahasa Antarabangsa (UBA), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya merangkul naib johan dalam Pertandingan Chinese Language Teaching Idols anjuran Institut Kong Zi Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 23 Ogos yang lalu.

 

Pertandingan ini menghimpunkan 16 orang barisan tenaga pengajar bahasa Mandarin yang mengajar di peringkat sekolah dan universiti awam. Pertandingan anjuran Institut Kong Zi Universiti Malaya antara lain bermatlamatkan untuk memperkasakan tenaga pengajar bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran yang lebih efektif bagi melahirkan mahasiswa yang mampu mempelajari bahasa Mandarin dengan lebih baik.

Norshahira Ismail menzahirkan rasa kesyukuran di atas kejayaannya dalam pertandingan ini walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi pada mulanya.

“Kejayaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat kepada saya untuk terus mendidik mahasiswa mempelajari bahasa Mandarin di UUM”, katanya.

Beliau juga turut berterima kasih kepada pihak SLCP, UUM dan Institut Kong Zi, UM yang membuka ruang dan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Kerjasama yang erat di antara kedua-dua pihak ini sekali gus dapat melonjakkan nama dan imej di persada antarabangsa. – Nasrol Hadi Ahmad Shukeri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button