Education

Volunteerism: Brave Hearts, Bright Souls beri sokongan moral kepada pesakit kanser

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain

KANGAR, 29 Mei 2025: Seramai 28 pelajar dari Kursus SSWPK1033(B) Pengurusan Kesukarelawanan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program “Volunteerism: Brave Hearts, Bright Souls” di sekitar negeri Perlis.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), MYCARE, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kedah, Yayasan Aman, dan Harmoni Kubang Pasu dan Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Tuanku Fauziah.

Penasihat program, Prof Madya Dr Rajwani Md Zain berkata, objektif utama program ini adalah untuk memberi sokongan moral dan emosi kepada pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan, serta menceriakan suasana mereka agar dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada 28 pelajar SAPSP dan UUM terhadap nilai-nilai kesukarelawanan dalam konteks hospital dan komuniti, di samping memperkukuh hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak hospital.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi ucapan dan taklimat oleh wakil PERKEN, MAKNA dan UUM, penyampaian cenderamata, sesi bergambar, serta lawatan ke rumah pesakit yang dikenali sebagai “Ziarah Kasih”.

Dalam sesi lawatan tersebut, pelajar bersama wakil NGO terlibat menyerahkan bakul makanan dan turut membantu aktiviti gotong-royong di kediaman pesakit.

Program yang melibatkan inter agensi ini bukan hanya menjalankan aktiviti gotong-royong serta menyampaikan sumbangan malah pesakit serta ahli keluarga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berkenaan khususnya melibatkan rawatan dan perkhidmatan lain.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button