Education

Wakil UUM sertai program intensif registered technology transfer professional peringkat kebangsaan 2025

Gambar oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM

SERDANG, SELANGOR, 10 September 2025: Dua wakil Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai serta melengkapkan Program Latihan Intensif Registered Technology Transfer Professionals (RTTP) 2025 yang dianjurkan oleh Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Innovation and Technology Managers Association (ITMA) serta dibiayai oleh Kementerian Ekonomi.

UUM diwakili oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), serta Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad, Timbalan Pengarah (Inovasi), sebagai peserta program.

Program ini bertujuan melengkapkan latihan pra-syarat sebanyak 60 jam bagi membolehkan mereka mengemukakan permohonan pengiktirafan RTTP di peringkat antarabangsa.

Program ini melibatkan tiga fasa latihan intensif sepanjang tiga bulan, bermula Julai hingga September 2025, yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam pemindahan teknologi.

Antara modul yang diketengahkan termasuk pengenalan kepada pemindahan teknologi dan rangka ekosistem, pengurusan harta intelek dan pengkomersialan, tadbir urus dan perundangan berkaitan inovasi, kemahiran komunikasi dan rundingan, simulasi rundingan pemindahan teknologi, penilaian inovasi serta strategi pengukuhan ekosistem, dan pembentangan berkaitan pemindahan teknologi.

Program ini turut disertai oleh 23 peserta lain dari pelbagai universiti awam dan agensi kerajaan, menjadikannya platform penting untuk perkongsian ilmu serta amalan terbaik dalam bidang pengurusan inovasi dan pemindahan teknologi.

Penyertaan wakil UUM dalam program ini mencerminkan komitmen universiti untuk memperkukuh kapasiti profesional dan memperluas jaringan kerjasama strategik dalam ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara. – Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button