General

Buku Pesan Hulubalang terbitan UUM Press dilancarkan

Oleh Amirul Bahrain Shamsul Bahrain

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2025: Buku Pesan Hulubalang: Membongkar Rahsia Falsafah Kepahlawanan Melayu Generasi Kini telah dilancarkan dengan rasminya pada Majlis Anugerah Khas Buku Negara 2025 di ibu negara, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dengan kehadiran penulis buku, Emil Bahari dan Halim Hamit, serta Pengarah UUM Press, Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi.

Mengupas nilai kepahlawanan Melayu dalam konteks moden, buku ini mengangkat kembali falsafah dan prinsip yang membentuk jati diri bangsa.

Dalam ucapan perasmiannya, Tun Dr. Mohd Ali menegaskan bahawa pemahaman mendalam terhadap warisan budaya dan nilai kepahlawanan amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi penghargaan kepada para penulis serta diskusi ilmiah mengenai kandungan buku. Pesan Hulubalang kini boleh didapati di pasaran dan platform digital utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button