General

Keluarga arwah Muhammad Adlil terima bantuan khairat kematian RM1,500

Gambar SSSD

ALOR SETAR, 4 Mac 2025: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed telah menyampaikan bantuan khairat kematian bernilai RM1,500 kepada keluarga pelajar Semester 3, Allahyarham Muhammad Adlil Baqi Jamaluddin di kediamannya di Taman Seri Impian, semalam.

Allahyarham Muhammad Adlil telah meninggal dunia pada 2 Mac lalu dan selamat dikebumikan pada 3 Mac pada jam 11 pagi.

Arwah merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi dengan Kepujian di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan bergiat aktif sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, Minggu Suai Kenal (MSK) A241 dan Ahli Sukarelawan MARVEL UUM.

Selain itu, arwah juga merupakan EXCO Pengurusan Bakat, Kelab Penyiaran UUM dan aktif dalam program bersama JKPS Inasis Bank Islam.

Allahyarham turut memegang jawatan sebagai AJK Program Firework Festival JLCC dan ⁠AJK Logistik Program Music Fun Night.

Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Halim Md Yatim; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Mohamad Amar Aidid Mohd Zain dan EXCO Kebajikan MPP UUM.

Dr. Ahmad Martadha mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button