General

Naib Canselor santuni pelajar UUM terjejas dalam insiden letupan gas

Gambar SELECT dan MPP UUM

SUBANG JAYA, 6 April 2025: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Foad Sakdan telah melawat pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terjejas akibat letupan gas yang berlaku di Putra Heights pada Selasa lalu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), semalam.

Beliau turut membuat tinjauan gerak kerja sukarelawan UUM yang diselaraskan oleh MASKUM JPT di Putra Heights ekoran dari insiden letupan saluran gas yang menyebabkan berlaku kebakaran serta kerosakan dalam skala yang besar itu.

Kejadian tersebut membuatkan penduduk setempat termasuk beberapa pelajar UUM dipindahkan ke PPS atas faktor keselamatan.

Pihak UUM melalui Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (SELECT), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan awal kepada pelajar yang terlibat termasuk bantuan bencana, bantuan kotak makanan, bakul buah dan telah memberi kelonggaran untuk tarikh melakukan pendaftaran semester baharu.

Pelajar juga telah menerima sumbangan wang tunai dimana sumbangan ini juga diagihkan kepada pelajar UUM yang terlibat.

Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed; pegawai SELECT dan Majlis Perwakilan Pelajar UUM yang bersama-sama menyantuni pelajar yang ditempatkan di PPS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button