Naib Canselor ziarah alumni UUM hidap kanser
Gambar Pusat Alumni UUM
LABU, 5 Januari 2025: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan menziarahi alumni, Muhammad Al Azim Md Azmi yang kini menghidap penyakit kanser pada lawatan Alumni Care oleh Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.
Inspektor polis itu sedang menjalani rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Muhammad Al Azim yang didiagnosis menghidap kanser pada Oktober 2024 merupakan alumni Sarjana Muda Komunikasi (2017) dan sangat aktif dalam golf.
Dr. Mohd Foad berdoa agar Muhammad Al Azim diberikan kesihatan yang baik dan terus tabah menghadapi ujian tersebut, malah UUM melalui Pusat Alumni kini dalam proses mengurus Tabung Kebajikan Alumni (Tabung 1 Alumni 1 Ringgit) untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar serta Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Zainuddin Omar.